Monday, June 13, 2011

MANGGIS PUNYA CITER

ASSALAMUALAIKUM............


Sekejap jer masa berlalu kan....Hari ni dah  11 rejab or dan 13 Jun.. Umor kita pun makin mengingkat... Adoiiiiiiiiiii.... Cuti sekolah pun dah hbs utk penggal pertama.. sekarang dah pun masuk penggal ke dua utk sessi persekolahan tahun ni...... Cik ina kan kerani sekolah.. maka cuti sekolah amat la terasa sunyinya.. mana tak nya,, selau riuh rendah dengan suara budak2 darjah 1-6 tetapi masa cuti sunyi sepi.. hanya tv jer peneman bg jadi riuh ckit walau pun tak tengok (hanya jeling jer).

Tapi tajuk cerita ni bukan pasai cuti sekolah tp pasai pokok manggis yg terletak kat belakang dkt pagar sekolah dekat masjid ni dan berdekatan dengan PRA SEKOLAH... Menurut cerita pekerja yang keje kat sekolah ni, yang dah berusia 40 lebih, masa depa mengaji  (bahasa buku adalah-> bersekolah)kat sekolah ni dulu pun dah ada pokok manggis ni dan pokok ni pun lebih kurang mcm tu jgk... Masa depa mengaji dulu pun dah rasa buah dari pokok ni... dan sekarang... depa dah keje kat sini,, still boleh merasa buah pokok manggis ni. Pokok ni tetap TEGUH berdiri dan memberikan semua orang merasainya buahnya yang manis...

setelah di zoom, nmpk jgk abg ya kt ats pokok

Masa rehat- kami tak keluar kerana kami dah breakfast merangkap lunch.. Jadi time rehat kami mengambil kesempatan utk pi kait pokok manggis tu... Tinggi jgk pokoknya... aduhhh mcm mana ni,,, tp nasib kami berdua (cik ina dgn sarah) baik kerana kami telah dibantu oleh Abg Ya dan isteri,, serta kak Toh (mereka adalah pekerja pembersihan sekolah) dan jgk PAB sekolah abg din.........
Jadi kami telah bekerjasama utk mengambil buah.. Abg Ya dengan berbesar hati sanggup panjat pokok tu.. Lega... (dlm hati doa agar tak de apa yg buruk terjadi). Abg din plak pi cari galah yg panjang ckit supaya dapat kait oleh abg ya kat atas pokok... Thanks to abg ya.. sbb sudi panjat.

Dah Abg Ya panjat, maka kami pun dgn exitednya tak sabar nk makan buah maggis,, dan buah pun luruh lps abg ya kait buat tu dari atas pokok.. sampai tak larat nak elak buah,, takut jatuh atas kepala.... ni la pengalaman pertama kait n makan buah manggis pokok tinggi... Kat kebun pak ngah pokok kecik lagi... blh panjat sendiri... hehehe. Maka hari tu kami makan manggis dengan puas.. maklumla... fresh dan terbaik dari ladang.... buah tu ada yang hijau ckit jadi simpan utk esok sama.. Esok baru blh makan.



info about mnggis ------>>  http://ms.wikipedia.org/wiki/Manggis

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen