Saturday, June 11, 2011

Sungai Batu Besi Sungai Petani

Hehehe.. lama Cik ina tak tulis something kan,,,  
 
Assalamualaikum,, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.... kannnn

Kalau melihat gambar pemandangan yang tenang di belakang cik ina, mesti ramai yang tertarik. Mesti ramai yang tertanya-tanya.. kat mana.. Jawapannya tak jauhpun dari Sungai Petani... Boleh terus baca entri kat bawah for further info.

Mlm ni cik ina nak share sesuatu. Ini adalah kerana pada malam ni Cik Ina bermalam di Kampung Sungai batu besi..Rumah bapa sedara cik ina.. Suasananya amat tenang dan damai sekali.... Jauh dari bunyi bising dan asap kenderaan.

Mesti anda tertanya-tanya.. Kat mana yer Sungai Batu Besi ni??? Blh tgk DISINI

Untuk pengetahuan semua, kawasan kampung sungai batu besi ialah bersebelahan dengan sungai merbok yang banyak sejarahnya. Kampung ini di kelilingi oleh pokok hutan kayu bakau yang kaya dengan ekosistemnya. Kampung sungai batu besi ni dahulunya ialah sebuah pengkalan. lebih di kenali sebagai pengkalan utama ikan bilis di kawasan merbok, kedah. Kini di sini masih wujud lagi pengkalan tersebut.Penduduk setempat masih lagi mendapatkan bekalan ikan bilis disini.

Kampung ini terletak berdekatan dengan uitm merbok, mrsm merbok dan pengkalan jeti semeling. dan ianya boleh di hubungi oleh jalan raya dan jalan sungai atau laut. kalau kita dari atas jambatan semeling tu, kita akan nmpk kampung sg batu besi dari situ...

Ada jgk student2 dari IPT yang datang membuat pelbagai kajian atau kempen. Antaranya seperti USM yang buat  Kempen Kesedaran Paya Bakau .




Baru-baru ni pun Yang Di-pertuan Agong kita pun telah menyusuri sungai semeling dan melalui kawasan rmh pak sedara cik ina ni... kami je nmpk bot Tuanku jer ,, Tuanku tak nmpk kami pun.



Menurut sumber, di sini juga di sediakan tapak perkhemahan, summer cam, pembenihan bakau, pengangkutan bot, pusat tuisyen terapung, surau dan tandas. Orang ramai yang nak menjala udang pun akan datang ke sini... hahaha begitulah sedikit sebanyak tentang sg batu besi..  


Cik ina mai sini sebab kerana bapa sedara cik ina telah tertarik dengan kedamaian tpt ni dan buat satu rumah di kawasan sini.. maka apabila depa mai sini,, cik ina pun join la sekali... mggu lps mak pun mai jgk,, tp mggu ni cik ina je mai sini... saja,, kat sini aman damai dan penuh ketenangan.. 

PAntang ada masa terluang, kalau family bapa sedara Cik Ina datang sini, Cik ina pun mesti datang sini. Kira kat sini tempat berkumpul keluarga kami la.

Sesapa berminat untuk membuat aktiviti atau perkhemahan, di sini disediakan tapak dan kemudahan asas. Andaboleh refer blog ni http://kemsungaibatubesi.blogspot.com/
 

5 comments:

  1. apa yang bagus??? kalau tptni.. mmg bagus..

    ReplyDelete
  2. nk tya cik ina,.. kawasan sg.batu besi ni menyediakan aktiviti apa lagi yer selain tapak perkhemahan, pembenihan bakau.. pakej summer camp tu mcm mana?

    ReplyDelete
  3. salam cik ina,, nk tya..kawasan kg sungai batu besi ada menyediakan aktiviti apa yer selain pembenihan bakau dan tapak perkhemahan... pakej summer camp tu mcm mna yer?? boleh terangkan sedikit...

    ReplyDelete
  4. @KILANG KASUT MALAYSIA
    dulu ada pakej summer camp tapi setahu cik ina kurang mendapat sambutan.. tapi kalau berminat blh pm cik ina. cik ina akan cuba dapatkan dari bapa sedara cik ina

    ReplyDelete

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen