Thursday, September 13, 2012

Selamat Bertunang My dear Sis


 Selamat bertunang kepada my dear sister, 
Farhana Kirana yang telah selamat bertunang pada 
1 Septermber 2012. Semoga tabah dan sabar 
menghadapi dugaan semasa pertunangan.

 
Dan semoga ikatan ini akan bertukar kepada suami isteri pula selepas ni. 

Dengar kata tahun depan...

Cik ina berkesempatan ke rumah FK bersama geng kami la.. 
Sapa lagi kalau tak Sinar, Azimah dan Dayah.
Kami dihidangkan dengan juadah seperti Koey Teow Thng, Nasi Impit dan jg laksa, Nasi tak sampai lagi masa tu. Tak pe.. sat gi kami makan la.

Selepas kami makan sempat tangkap Cik Farhana kita untuk berposing sebentar. Nasib baik sempat juga..
 
kami...

geng kami







Pada mulanya kami nak balik awai sebab ada hal cikit, tapi bila nak balik jer,, rombongan meminang dah sampai.. jadi tertangguh sebentar,  dan setelah semua acara berlangsung,Kul 4 kami pun pulang ke sg petani dan cik ina terus balik Guar.



Doa ini utk renungan kita semua...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen