Tuesday, January 15, 2013

Cameron Highland Lagi

Salam Tahun Baru Semua....  

Mesti u olls hairan kenapa cik ina baru nak wish new year kan.. Actually cik ina dah karang citer ni masa new year but still tak post lagi entry ni. Mesti u olls dok pikir azam baru utk tahun ni kannn... Mcm mana azam tahun lps.. Dah tertunai kah??? Cik ina belum lagi la...
Dah 2 minggu cik ina tak berblogging.. Cik ina saja ambik cuti.. Adik cik ina ajak pi makan angin dan terus ke rmh bapa sedara cik ina kat Subang.  Msk keje bz plak. Jadi x blh berblogging.. sebab adik cik ina nak clearkan leave dia, dengan cik ina sekali kena korban cuti cik ina 3 hari. Bukan pi CH je, CH hanyalah destinasi singgahan dlm perjalanan kami nak ke Subang,, nak tengok baby adam.

Dan citer yang menarik kali ni..adalah cik ina ke CAMERON HIGHLANDS (CH) lagi... Kan dah bgtau, Cik ina ni berapa kali ke sana pun tak kisah,, sbb suka dengan kehijauan dan keadaan yang lain dari rumah kita tapi jangan la hari2 kan...  kopak beg duit.. hehehe

Hurmmm bila sebut Cameron Highland (CH) mesti dah terbayang strawberi berserta cream.. Inilah menu wajib yang cik ina cari kalau ke sana. Dan yang lastest ni, Cik ina upgrade ckit.. Strawberi Sundae.. Ermmm yummy,, sedap.. 
Ermmm sedap....
 Kunjungan kali ni berbeza ckit sbbnya Cik ina pi dengan family dan menaiki kereta. Sokmo pi dgn bas rombongan atau bercamping je. So mmg best la kali ni sbb mak cik ina yang tak berapa sihat pun kira keadaan yang sihat pada masa ni. Alhamdulillah.. Doakan kesihatan Mak kita semua agar diberi kesihatan yang baik yer.. 
ni la ahli rombongan kami... 

Opss sambung citer.. Kami ke sana 2 family iaitu kami cik ina, mak, abah, adik, dan isterinya serta anak mereka aira, dan 2 orang anak sedara cik ina serta  bapa dan mak mertua adik dan seorang anak sedaranya. Kami bertolak 2 biji kereta,,, satu kereta adik dan satu kereta bapa mertua adik.. Cik ina drive keta bapa mertua adik.
Selepas bertolak kul 5 pagi dan solat Suboh kat Sungai perak, kami tiba di CH pada pukul 9 pagi.. 

Kami singgah kat tempat beli sayur-sayuran dulu dan setelah tu kami singgah kat Cactus Point dan Uncle Farm dan Taman Agrotourism yang tinggi tu…
Uncle Farm



Lps tu terus ke homestay kat Puncak Arabella. Tinggi oo nak naik dia… Homestay dia mmg berpatutun dan semua kelengkapan dia ada termasuk kelengkapan memasak. Kami lunch kat homestay tu sbb kami masak nasi (beras mmgdah bawa) dan sayuran yang dibelli tadi. Lps tu kami ke Mardi..
 ..... dan ke Pasar Malam Brinchang. Anak sedara Cik ina, Afiqah, mmg exited sbb dia tak pernah ke sini lagi. Cik ina ada belikan dia yg tutup telinga tu..  dan sarung tangan. Kat sini tak sah kalau cik ina tak makan strawberi coklat.








Selepas beli ala kadar, ujan turun dan terus balik untuk sediakan mkn mlm.. Menu apa ya.,.. Cer teka.. nasi goreng la… Telur, kicap serta lain2 yang tak bawa kami beli kat kedai di groundfloor. Nsib baik ada kedai ala2 mini market tu.. Cuaca sejuk menyebabkan semua berselera sekali nak mkn…

Days 2, 
Kami ke tpt juai sayur sekali lagi untuk bawa pulang..  tp tu Kea Farm la...


Ladang Teh Cameron Valley pula....

After that we go to Ladang Teh Cameron Valley yang ujung CH menuju ke tapah tu.. Kami tak p ke Ladang Boh Sg Palas sbb tak sesuai untuk mak yang tak berapa larat berjalan. Takut sakit lutut plak mak. 
Kita pekena teh panas dulu....
Setelah pose lebih kurang kat sana dan minum teh yang panas dan mahai tu, kami bergerak turun guna jalan ke Tapah.. Fuhhh sungguh mencabar sbb this is the first time cik ina drive sendiri naik melalui Simpang Pulai dan turun melalui jalan ke Tapah. Sempit kot jalan dia… Tu tak kira keta orang lain yang expert , yang potong tak kira jalan kona atau sempit lagi.. Sabo je la Cik ina.. Alhamdulillah kami sampai ke Kg Melayu Subang dengan selamatnya….x sabar nk jumpa baby adam...
Hai baby adam....



1 comment:

  1. @Farhana Kirana

    Mesti la cantik pic tu sbb guna camera adik i... la,, baru niat nak tag kat ana byk2.. hehehe

    ReplyDelete

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen