Sunday, December 28, 2014

Medan ♥Day 4♥

Morning medan.... 
wah mcm x nak bangun je pagi ni tapi waktu suboh awal maka haruslah kena la bangun. Dah bangun payah la nak tido kan.. Sesudah solat.. jiran sebelah datang bertandang. Rupanya karan x dak plak bilik depa. Cian depa. Maka harusla pulang ke bilik mereka utk tunggu juruteknik datang.

Rasa sedikit sedih sebab hari ni kami akan meninggalkan bumi Medan ini. Walaupun agak sedikit bising pagi ni sebab kami ada tldi tengah tengah Medan.. yang bestnya penduduk masih memberi peluang kepada mereka yang lalu lalang di jalan. Respek la sebab kat Malaysia x dapat ni semua.

Tepat jam 8.30 kami turun breakfast kat hotel. Wah kali ni ada nasi lemak tapi sambal nya x best. Try la tgk sbb rindu nasi lemak mak cik pot pet. Balik ni haruslah cari nasi tu.. yum yum..terbayang dimindaku.


Kemudian dedek tiba kat bawah dan kami bgtau nak checkout. Dedek inform bellboy untuk amik lugagge kami. Wah.. senang kerja kami.. Bellboy yang hensem pun sampai...

Destinasi pertama kami adalah ke Air Asia untuk tambah kilogram. Kak Mah tambah 20kg dgn harga rm40 je kot. Cik ina tak turun dr Kijang masa tu. .tu yang ada ayat kot.. Selepas tu.. kami ke Istana Maimoon. Hujan renyai renyai masih lagi belum berhenti. .  

1. ISTANA MAIMOON.
Kami masuk kesana seperti biasa dibayar oleh Dedek sebab termasuk dalam pakej. Harga masuk cik ina tgk adalah Idr5,000 seorang.  Menurut pembacaan Cik ina, Istana Maimoon ni merupakan salah satu istana yang paling indah masih ada di Indonesia. arsitektur yang unik dan desain interior istana ini memberikan karakter yang khas. Istana Maimun ini dibangun oleh Sultan Makmun Al-Rasyid Perkasa Alamsyah. Istana Maimun dibangun dengan desain dari seorang arsitek Italia pada tahun 1888.




Tengah asyik melihat sekeliling sejarah istana itu.. kami tgk ramai yang sewa baju diraja. Kami pun nak juga. Harga sewa baju baru Idr 10,000 atau Rm 3.00. Apa lagi. Kami dipakaikan diatas baju yang kita pakai. Dah la kain cik ina kembang..  bertambah besar lagi la Cik Ina. 





Huhu.. jgn terkejut tgk gmbr i ye. Pastu amik pose cikit ala ala puteri raja gitew.. Layan je la...

2. Shopping last di Parking Istana Maimoon

Cik ina x sempat beli baju untuk Aira n member cik ina yang baik hati tolong jaga keta i tu. So cik ina beli baju aira n baju shir biru dan FM semua harga  idr 60,000. Pastu beli keychain 2 set idr 50,000. Cik ina dah terguna duit Airport tax plak. Maka cik ina kena ajak dedek p money changer plak ni. 



3 . Kedai kain wajir
Kami sekali lagi ke kedai kain wajir untuk check harga kain yang kak mah beli. .. dia lupa harga. Nnti payah plak nak jual kan.. Kak Mah nak jual ke?? Lupa nak tanya. 


4. JUMPA FADLY .. my tourist guide

Di dalam kedai tu.. tetiba Elfy bagitau Fadly dah mai td. Sekarang maybe ke Brastagi. Ala.. kempunan nak jumpa Fadly. Kami dah berusuran 3 mimggu sebelum datang Medan tau.. tup tup x dpt jumpa.. Frustnya. Tetiba Dedek bgtau yang Fadlly masij ada di dalam kedai. May be customer Fadly pilih kain x hbs lagi kot. Dan fadly mai jumpa kami... Akhirnya...




Cik ina dapat juga bertemu 4 mata dgn Fadly. Ni first time sembang. Selalunya dlm whataspp je. Fadly ni memang peramah dan mudah mesra. Sat je blh gurau dengan geng kami. HabIs sembang Siap temankan cik ina ke money changer lagi. Nasib  baik money changer selang 3 buah kedai tu. 

5. KE SPA. 
Kami masih ada masa sampai petang lagi. Oleh kerana kekurangan wang.. maka kami x nk ke Pajak Ikan. So.. Dedek bawa kami ke SPA.. Oleh kerana kehabisan wang..Kak Mah tolong bayarkan dahulu..  Huiiii best rupanya memanjakan diri waktu kita letih ni.. rasa hilang letih kami. Setelah hampir 2 jam.. kami pun selesai.. 

5. MAKAN SEBELUM BALIK
Setelah selasai.. perot dah berbunyi rap..  Ada masa 2 jam lagi sebelum masa untuk bertolak ke Airport. 


Dedek bawa kami ke Restoran Simpang Tiga lagi tapi ni cawangan lain. Kali ni makanan yang dihidangkan lain plak dari masa first time. Kira ok la tu kan. Apa tunggu lagi. Ngap la kan.. still ustazah baca doa dulu ye..

6. AIRPORT KUALANAMU
Ha.. makan sudah.. silat pun sudah kat restoran tadi. Masa untuk pulang.. huhu sedih la plak nak tinggalkan Bumi Medan ni.. sebabnya kami dah mesra semua termasuk dengan Dedek sekali. Daru restoran tu amik masa sejam lebih untuk ke Airport. Tambah macet kat tol tu plak. 

Yang bestnya highway tu macam kat Malaysia. Rasa terubat rindu sebentar bila highway tu. tOL  jetak sama. Dlm perjalanan kami nu masih bunyi gurau senda kami. Dedek ada citer pasai botol la. Ha.. nak citer.. dlm pemalu Dedek tu.. cik ina dah terkena 3-0 dah dengan Dedek. Yang lain pun sama..

Tup tup dah sampai Airport.  Masa punggah barang.. baru terasa banyaknya barang kami... penuh 2 troli.  

Setelah check in dan solat. . Kami pun masuk untuk boarding... tup tup flight delay sejam.  

7. KLIA 2
Jam 12.00 tgh mlm kami dah sampai dengan selamat.  Alhamdulillah... Otw ke kereta.. kaki amik gambar untuk infrom Dedek n Fadly bahawasanya kami dah selamat mendarat. .
Ni la gambar kami utk dedek kami dah selamat sampai
Maka... dengan rasminya berakhirnya percutian yang best ni.. Rasa nak mai Medan lagi.. betul tak Falah...

Tapi yang tak best satu je.. sampai je kat rumah.. nampak beg i dah jadi x ok.. Nk tahu jadi mcm mn beg ku itu?? Lihat sini

Belanja hari ni

Baju Istana Sewa      IDR 10,000
Gambar Kenangan     IDR 20,000
T-shirt MErah            IDR35,000
FM                           IDR60,000
KEY Chain                 IDR50,000
TOtal                        IDR 190,00 RM 55.00

Maka bemanja Cik ina sepanjang di sini tak termasuk shopping kain

Day 1  = IDR 283,000 RM   81.00
Day 2  = IDR 360,000 RM 105.00
Day 3  = IDR  56,000  RM   16.00
Day 4  = IDR 190,00   RM   55.00

****************************************************************

****************************************************************

1 comment:

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen