Wednesday, January 30, 2013

Lagi Cameron Highland Day 1


Satu hari b4 cuti, geng kat sekolah tanya cik ina, cuti 3 hari nak pi mana.. Cik ina jawab la.. Cameron Highland dan..terkejut semua orang yang dgr..(rasanya la) sebab cik ina nak pi Cameron highland lagi.. Depa kata bukan 26.12.2012 cik ina dah pi sana ker.. Nak tau apa jawapan cik ina.. jawapan sama seperti entry yang lepas, cik ina berapa kali ke sana pun tak pa..

 Cerita kisah ni bermula begini.. Pada suatu hari yang indah dan damai.. iaitu sebelum Maulidirrasul (23.1.13) …. Cik ina dan sahabat-sahabatku ke Cameron Highland (CH) untuk kali pertama tahun ni dan kali kedua tak sampai sebulan dari 26.12.12 yang lepas. Percutian kali ni memang best… sebabnya... Kali ni merupakan percutian pertama bersama rakan-rakan baik ke sini. B4 ni kami hanya jejak kaki ke Penang je… Walaupun Cik Farhana Kirana (FK) tak pi – huhuhu dlm hati tetap sedih tau, tapi kami jemput sorang lagi kawan Azimah iaitu Nurul untuk memeriahkan keadaan. Lagi satu nak bgtau, kami menginap kat tpt yang selesa, cantik dan yang penting paling berpatutan walaupun kena panjat bukit (drive dgn keta la) setiap kali nak balik ke bilik..

Destinasi pertama adalah MARDI tapi sebab ujan kami pi petik stobery dulu kat Opah Strawberries and farm.



Keterujaan melampau sebab cik ina tak pernah petik stoberi walau dah byk kali mai CH ni. Jadi posing byk cikit la no...

Rupanya macam2 ada jual kat sini cuma kami tak makan sbb kedai tu baru buka. Tambahan ujan lebat mencurah-curah plak. Antara jualan yang ada kat di sini ialah:

1)ais krim strawberi
2)ais krim malaysia strawberi
3)madu lebah
4)scone +butter & jem
5)muffin strawberi
6)pai strawberi
7)dadih strawberi
8)jus strawberi
9)topping paste strawberi
10)jem strawberi
11)buah strawberi segar. (boleh juga memetik sendiri di sini)
Pastu sbb pewot Nurul dah bergendang-gendang jadi kami p makan kat Food court Brinchang. Ramai orang sesangat dan harga blh tahan beb. 

Hujan masih renyai-renyai dan kami teruskan perjalanan dengan gigihnya ke BOH SUNGAI PALAS TEA CENTRE. Sangat membanggakan kerana Azimah dapat membawa kami ke puncak dengan jayanya.


Selepas selesai menikmati panorama dan kena secawan tea serta kek, kami bertolak pulang tapi ada sesuatu insiden yang tak diduga telah terjadi. 
 Nak tau apa, tgk entry ni. Setelah semua settle kami balik ke bilik menunaikan kewajipan serta bersiap utk ke pasar malam plak. 
Beli ckit-ckit je sebab hari tu dah beli byk sangat.
Siap beli durian dari orang asli 2 biji 5 hengget.

After makan kami pun tido. 
p/s : Tggu next entry utk acara seterusnya....


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen