Monday, November 7, 2016

Bercuti Ke Padang Bukit Tinggi Pula Kita

PADANG BUKIT TINGGI DAY 1 PART 1
PADANG BUKIT TINGGI DAY 1 PART 2
PADANG BUKIT TINGGI DAY 2
PADANG BUKIT TINGGI DAY 3
PADANG BUKIT TINGGI DAY 4

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah setahun lebih kami ber8 book tiket untuk ke Padang - Bukit Tinggi. Cuma lps raya pose ni je terasa begitu pantas sbb baru ingat x isi borang lawatan ke luar negara lagi.. Cepat-cepat Cik Ina isi nnti x de cover pulak. Trip kali ni harus ada anggota tetap geng Cik Ina iaitu Falah serta kak Ju. Depa ni akan ajak Cik Ina ke mana depa nak p. Kalau ada duit dan masa nsyaAllah Cik Ina ikut.

Cik ina nak cerita tempat yang kami lawati je tapi memandangkan ada yang tak sempat kami lawati, maka Cik ina copy dari rakan blogger yang berkunjung ke tempat yang Cik ina x sempat p. Jadi diharap bolehlah menjadi panduan kepada sesiapa yang nak berkunjung ke Padang. Tq ye. Copy sikit untuk melengkapkan ceritera buat tatapan sesiapa yang nak melawat ke sini. jangan miss tempat lawatan macam kami sebab semua cbuk shopping..

Perjalanan ke KL dan Padang Day 1

Cik Ina, Kak Bib n Liza- kami akan gerak ke Airport Subang jam 10.15 malam dengna Malindo Air. Jadi kami akan tiba sejam kemudian. Oleh kerana 8 org kami bahagi 2 group. Satu dgn Falah dan 1 dgn kak Su. Cik Ina ikut kak Su, dan Kak Bib. 





Tepat jam 4.30 kami bangun dan bersiap untuk ke KLIA2. Pukul 5.30 lebih kami sampai di KLIA2 dan tunggu Kak Ju sampai. Lps uruskan beg kami terus ke Perlepasan Antarabangsa sbb nak solat Subuh. Biar sampai awal2 kat pintu tu senang. 

Perjalanan ke Padang dari KLIA2 hanya 2 penerbangan sehari kalau x silap Cik Ina... dan masa penerbangan hanya dalam 1 jam 10 minit sahaja.. iaitu di sebelah pagi pukul 7.50 dan tengah hari iaitu pukul 1.55. Try check kot ada perubahan.
Bila Cik ina nk selfie je.... pakat diam je.. rupanya semua ready dah kat blkg i... pandai depa ni nooo...



Yes... dah sampai kt our seat... jom wefie dulu.. nnti kena off phone...better off... or flight mode..

Kali ni semua Cik Falah uruskan sbb trip ni dia yang plan. Masa perjalanan nya macam flight ke Medan je.. tup tup sampai dah.. masa pun lebih kurang je.. dalam sejam...


Pinjam pic dari google
Kami disambut oleh Pak Ajo.



 Sekelip mata dia dah kenai kami... Trip kali ni kami ber8. Destinasi pertama haruslah ke rumah makan.. sbb perut semua dah bergendang rancak. Maklumla keluar tadi pukul 5.30 pagi. nak makan pun x de selera lagi...

1. Makan di Lamun Ombak

Kami dibawa ke rumah makan Lamun Ombak.. Jom kita makan dulu... kiranya breakfast la..



Selepas itu terus bergerak ke Bukit Tinggi. Jarak ke Bukit Tinggi dalam 90km tapi mengambil masa 2 hingga ke 3 ham jug. Pada masa nak ke sana jalan jam ckit. Awat pulakkk.. Heran bebenor kami. Ingatkan kat KL je jam. OOO ada perbarisan sempena hari Kemerdekaan Indonesia rupanya.. 




Lps dari situ,, barula kuterasa berada di bumi Indonesia... 


2. Air Terjun Lembah Anai
Otw ke Bukit Tinggi from Padang, kita mesti lalu kat air terjun yang famous ni. Lembah Anai Air Mancur. adalah air terjun yang terletak betul2 di tepi jalan. 
Macam tak caya je tapi bila tengok sendiri baru percaya.Kira ni tempat wajib lawat la ni.



Bukan untuk mandi ye, untuk bergambar sebagai kenangan. Ajo- supir kata boleh mandi manda kat sini, boleh juga ambik airnya.. tapi tgk kawasan tepi jalan sangat.. mcm x sesuai je...


So kita berhenti sekejap macam biasa.. untuk tengok dan posing bajet model. Kena bayar tau, tapi dah include dalam pakej sekali. Jom la tengok model2nya... Cantik bangat...




Nampak tak belakang Cik Ina air terjun nya...

3. LANDASAN KERETAPI ZAMAN BELANDA 

Selepas melalui air terjun yang cantik tu.. kita akan melalui dan melihat landasan keretapi yang cantik dan masih digunakan. Cik ina x sempat snap gambar landasan keretapi yang cantik ni tapi terjumpa dalam blog suzanekhan.blogspot.my. Tq sbb cantik gambarnya.

Menurut suzanekhan ni.. Ada landasan keretapi macam view kat negara omputih kat Padang ni.
Ni ialah hasil tinggalan zaman penjajahan Belanda.
Masih kukuh, utuh dan dapat imagine bila keretapi lalu kat sini, its a nice view kan.


Supirku pula bercerita, jalan raya, landasan keretapi ni semua Belanda yang buat. Keretapi masih ada yang guna landasan ni, cuma jarang2 lah.Kerajaan Indonesia cuma menampal mana yang rosak je.
Dia kata, even Belanda tu penjajah, tapi fasilitas tetap dijaga untuk rakyat Indonesia, malah lebih baik daripada kerajaan Indonesia itu sendiri.
Sebab mostly pemerintah daripada zaman dulu sampai laa ni, semua fasilitas hanya tertumpu kepada kepulauan Jawa. Kepulauan Sumatera macam dianak tirikan. Padahal kat Sumatera pun banyak tempat tourist attraction like Medan, Aceh tu kan.
"Korupsi makanya, duit masuk dikantungan". Begitulah makanya.


4. Minangkabau Village

Selain Lembah Anai, satu tarikan pelancongan yang menarik di Padang Panjang ialah Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minang yang lebih popular dengan nama Minangkabau Village. Sini Supir x bawa pun jadi copy dari blog AZZIAMD je. Tq ye. Copy sikit untuk melengkapkan ceritera buat tatapan sesiapa yang nak melawat ke sini. jangan miss tempat lawatan macam kami sebab semua cbuk shopping..

Laluan Masuk ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minang yang lebih dikenali sebagai Minangkabau Village.
Di tengah-tengah Minangkabau Village ini dibina sebuah Rumah Adat besar yang dinamakan Rumah Gadang. Di Rumah Gadang ini, kita disambut oleh seorang petugas di sana yang menerangkan kepada kita tentang Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau.


Konsep Rumah Gadang sama seperti konsep Rumah Panjang yang dibina oleh masyarakat Iban di Sarawak. Rumah besar ini tidak dihuni oleh satu keluarga sahaja, malah didiami bersama oleh beberapa keluarga dalam satu suku.

5. KEDAI PUTRI MINANG
Bukit Tinggi adalah paling famous dengan kain sulam. Memang cantik dan mesti rambang mata kau jah. Adoi... geram je tengok semua kain.Kalau ikut nafsu seorang perempuan, memang nak borong selori. Tak melawat sangat pun tak pe janji shopping.. Tak rugi kalau beli pun, pastu balik Malaysia jual lah kan, hahaha.

 Dah settle cari supir,, supir dalam bilik khas supir. Jadi join sekali minum aes tea botol. look.. muka ceria dapat air free.. baru sedar kedahagaan. tadi x sedar pun dahaga masa shopping.

Jom teruskan perjalanan. DAh hampir di Bukit Tinggi kata Ajo.. Kita makan dulu. Lunch yg petang..

6. PANDAI SIKEK

Kami seterusnya dibawa berkunjung ke Pandai Sikek, sebuah perkampungan di mana penduduk-penduduk di sini masih mengusahakan beberapa kraftangan tradisional. Oleh kerana tak sempat snap maka Cik ina copy pic dari blog AZZIAMD juga. 


Pemandangan di perkampungan Pandai Sikek
Penduduk di Pandai Sikek masih melaksanakan perusahaan kraftangan tradisional yang diwarisi turun-temurun dari keluarga mereka. Kami diberitahu bahawa penduduk lelaki di perkampungan ini diajar seni pertukangan dan ukiran kayu semenjak dari kecil lagi. Bagi perempuan pula, mereka diajar menenun kain songket.


Cakkk

Model dari Kedah posing

7. MAKAN DI PAUH PIAMAN




7. CHECK IN HOTEL

Selepas penat makan dah shopping barula kami tiba di hotel di Bukit Tinggi..



Tunggu  day 1 part 2 pulak untuk acara jalan-jalan cari makan.

PADANG BUKIT TINGGI DAY 1 PART 1
PADANG BUKIT TINGGI DAY 1 PART 2
PADANG BUKIT TINGGI DAY 2
PADANG BUKIT TINGGI DAY 3
PADANG BUKIT TINGGI DAY 4

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen